Destinasi Pelancongan Yang Menawan


Kunjungilah ke Negeri Terengganu yang akan membawa seribu kenangan yang tidak pernah akan anda lupakan. Sekiranya anda sedang mencari sebuah destinasi yang mempersonakan dengan permandangan menakjubkan, Terengganu adalah tempat yang anda cari sebagai lokasi percutian anda.

Destinasi percutian yang yang akan menjadi syurga idaman anda dengan keindahan pulau-pulau tropika, merentasi hutan hujan tropika yang tertua di dunia serta tasik buatan yang terbesar di Asia Tenggara, melawati muzium yang terbesar di rantau ini serta berjemur di pantai memutih yang terpanjang di Malaysia. Anda juga boleh melawati tempat-tempat membuat bot dan perahu tradisional dan pada masa yang sama menziarahi masjid-masjid antara yang terindah di Malaysia seperti Masjid Terapung, Kuala Ibai serta Masjid Kristal yang baru terbina.

Semuanya ini hanyalah sebahagian antara keunikan yang terdapat di Terengganu yang menanti anda. Ketenangan mengusik minda dan perasaan dari permandangan bandar-bandar persisiran pantai yang menghadap bisikan angin bayu Laut Cina Selatan akan tercatat dalam memori sehingga ke akhir hayat.


Khazanah Warisan Bangsa

Terengganu kaya dengan khazanah warisan ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam lipatan sejarah dengan berdirinya masjid, istana, budaya desa dan rumah-rumah tradisional. Malah anda akan menjadilah terpesona oleh kekayaan sejarah, seni akitek binaan yang merupakan sebahagian tak mungkin terpisahkan dari ekspresi warisan melayu.


Ikutilah Rentak Budaya Silam

Negeri Terengganu ini mempunyai identitinya yang tersendiri dengan warisan budaya yang akan kekal abadi selama mana hayat manusia yang akan terpancar dalam kegiatan seharian penduduknya dan semangat mereka ini dapat digambarkan dalam kebuadayaan mereka seperti dalam tarian-tarian tradisional, muzik, seni dan hasil kraftangan.


Keindahan Alam Flora dan Fauna

Terengganu adalah syurga keindahan alam semula jadi melalui ekosistem yang telah terbentuk dengan semula jadi selama lebih kurang 130 juta tahun yang mana hutan-hutannya dihuni oleh pelbagai fenomenal flora dan fauna, air terjun yang menakjubkan serta gua-gua purba.


Kembali Menghayati Zaman Purbakala

Pengunjung ke Terengganu akan menikmati kesempatan untuk mengembalikan zaman silam yang mempersonakan. Artifak yang ditemui di beberapa gua jelas membuktikan bahawa manusia purba telah wujud di Terengganu sejak 4,000 SM lagi. Raja Mandalika, yang namanya tertulis di Batu Bersurat sejarah, adalah salah satu penguasa yang paling awal yang pernah didokumentasikan di Terengganu.